Berita&Aktiviti

TINDAK BALAS MORFOLOGI PANTAI LUMPUR

Berita&Aktiviti

Nama Projek : Tindakbalas Morfologi Pantai Lumpur
Kod Projek : P23 17000 009 0002

PENGENALAN

Pada lazimnya proses pantai adalah ditinjau daripada dua aspek : selari garis pantai dan rentas pantai. Kedua-dua mekasnime ini bertindak serentak dan menghasilkan kesan-kesan yang bersepadu ke atas morfologi pantai. Kajian ini bertujuan untuk memahami parameter-parameter pantai lumpur serta hubungkaitnya dengan tindakbalas ombak serta pertumbuhan pokok bakau. Permodelan secara numerikal dan fizikal akan dilakukan untuk memahami sifat-sifat cohesive lumpur dan menyelaku dan meramalkan proses morfologi pantai lumpur. Disamping itu, aktiviti penanaman semula bakau juga akan dijalankan untuk mengkaji kaedah penanaman, masa penanaman semula bakau. Hasil dari kajian tersebut , satu garispanduan berkaitan kaedah penanaman akan dikeluarkan. Fungsi/ peranan pokok-pokok bakau di persisiran pantai adalah sebagai pemecah ombak untuk mengelakkan limpahan ombak berlaku di kawasan dalaman. Sekiranya berlaku pecahan ban akibat ombak melimpah ianya akan mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit. Pada tahun 1994, ban di pantai Bagan Dato’ telah pecah dan dianggarkan mengalami kerugian RM 40 juta. Selain daripada itu, impak-impak ombak tinggi hasil tsunami pada 26 Disember 2004 di persisiran pantai juga mengakibatkan kerugan lebih dari RM 8 juta bagi kerja-kerja pembinaan semula ban-ban yang terjejas. Seandainya persisiran pantai kita dilindungi oleh pokok-pokok bakau yang bertindak sebagai pemecah ombak, kebesaran mungkin peruntukan RM 48 juta di atas dapat dijimatkan. Selain berperanan selaku pemecah ombak, barisan pokok-pokok bakau juga berfungsi sebagai pembekal makanan kepada kehidupan air serta menjaga kualiti persekitarannya. Keadaan ini dapat menambahkan pendapatan nelayan yang bergantung kepada penangkapan tersebut. Kajian terhadap penanaman semula kawasan bakau di kawasan Semenanjung Malaysia amat penting terutama kajian yang melibatkan kawasan yang mempunyai tinggi ombak yang maksimum. Kajian ini dapat mengenalpasti keupayaan penggunaan sistem pertahanan ombak seperti Geo-tube dalam membantu terhadap pertumbuhan semula kawasan Bakau di Malaysia

OBJEKTIF:

  • Meperdalamkan kefahaman mengenai proses-proses yang mengawal morfologi pantai lumpur, terutamanya interaksi di antara daya alam sekitar (terutamanya ombak dan perubahan paras air) dan pinggir pantai lumpur yang sering ditumbuhi oleh hutan bakau.
  • Meneliti dan menentukan tindak balas di antara jalur hutan bakau dengan proses pantai juga.
  • Mengenalpasti keupayaan penggunaan sistem pertahanan ombak seperti Geo-tube dalam membantu terhadap pertumbuhan semula kawasan Bakau di Malaysia.
  • Menghasilkan satu garispanduan berkaitan kaedah penanaman bakau di kawasan persisiran pantai.

OUTPUT:

  • Memandangkan hampir separuh daripada pantai di Malaysia adalah terdiri dari jenis lumpur, penceburan dalam bidang pantai berlumpur khususnya kurang mendapat sambutan daripada para penyelidik. Dengan penglibatan ini akan membolehkan Malaysia mempelopori dunia dalam bidang penyelidikan ini.
  • Sebagai rujukan utama dalam mengenalpasti semua proses persisir pantai seperti ombak, pasang surut air, arus dan kaitanya terhadap penilaian morfologi pantai dan ciri-ciri unik sesuatu kawasan.
  • Memberikan maklumat terkini mengenai taburan kawasan penanaman bakau di Malaysia.
  • Mencadangkan pilihan-pilihan dan faktor-faktor dalam penggunaan struktur penahan ombak di kawasan penanaman bakau kepada pihak berkuasa dalam penentuan struktur pemecah ombak.
  • Penilaian kesan jangka panjang dapat memberikan input yang berguna dalam perancangan dan menentukan kawasan untuk penananam bagi tempoh masa yang lebih panjang serta penghasilan index ketinggian ombak di Malaysia.
  • Penyediaan laporan dan garis panduan kaedah penanaman semula bakau di kawasan persisir pantai negara.
    Membantu perancangan pembangunan dan pembaikpulih kawasan pantai negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

profile penyelidikan
oacp