Berita&Aktiviti

MAKMAL KUALITI AIR (MKA) NAHRIM TELAH DIANUGERAHKAN SIJIL PENGIKTIRAFAN SEBAGAI RAKAN PENGESAHAN DI BAWAH SKIM PENGIKTIRAFAN PEMARKAHAN MYHIJAU

Berita&Aktiviti

SIJIL PENGIKTIRAFAN SEBAGAI RAKAN PENGESAHAN DI BAWAH SKIM PENGIKTIRAFAN PEMARKAHAN MyHIJAU

Tahniah diucapkan kepada NAHRIM melalui Makmal Kualiti Air (MKA) yang telah dianugerahkan SIJIL PENGIKTIRAFAN SEBAGAI RAKAN PENGESAHAN DI BAWAH SKIM PENGIKTIRAFAN PEMARKAHAN MyHIJAU pada15 Oktober 2025 di International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM), Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) anjuran Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES) dan Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation (MGTC). Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo A/L Kim, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES), dan diterima oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Haji Nasehir Khan bin EM Yahaya, Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM.

MyHIJAU Mark Recognition Scheme atau Skim Pengiktirafan Pemarkahan MyHIJAU adalah satu sistem pemarkahan yang diperakui oleh Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim (MTHPI) pada 23 Oktober 2012 yang mana merupakan inisiatif kebangsaan bertujuan untuk mempromosikan pengeluaran dan perolehan bagi produk-produk dan perkhidmatan hijau di Malaysia. MGTC bertanggungjawab menguruskan dan memperakui Skim Pemarkahan & Direktori MyHIJAU, merangkumi promosi, nasihat perniagaan, pengesahan, dan pemantauan produk dan perkhidmatan hijau di Malaysia. Bagi menjamin kualiti, integriti dan kredibiliti skim tersebut, MGTC bekerjasama rapat dengan badan pensijilan, makmal ujian dan pemilik skim sebagai rakan pengesahan (verification partner) untuk memainkan peranan penting dalam memastikan produk dan perkhidmatan yang diperakui MyHIJAU oleg MGTC adalah memenuhi piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti ISO 14024, ISO 14025, ISO 17025, Voluntary Sustainability Schemes (VSS) dan lain-lain.

Semasa Sidang Kemuncak Kelestarian Kuala Lumpur (KLSS) 2025 atau Kuala Lumpur Sustainability Plan 2025 yang telah diadakan pada 14–16 Oktober 2025 serentak dengan persidangan IGEM di KLCC, NRES telah menetapkan sasaran nasional untuk mencapai 50,000 produk dan perkhidmatan hijau berdaftar menjelang 2030. Sehingga September 2025, lebih daripada 20,000 produk dan perkhidmatan telah disenaraikan dalam Direktori MyHIJAU, mencerminkan dedikasi dan perkongsian organisasi seperti anda yang telah menyumbang kepada kejayaan negara ini.

profile penyelidikan
oacp