Siri Penyelidikan Kualiti Air Environmental Flow – Kajian Kualiti Air Terjun dan Sungai Rekreasi Sebagai Sumber Pendapatan Sektor Pelancongan Negara – Fasa 1/2021.
Dalam petikan ucapan perasmian YBM KASA sempena Hari Air Sedunia, Hari Hutan Antarabangsa dan Hari Bumi Peringkat Negeri Melaka Tahun 2021 pada 9 Mac 2021, YBM menyatakan bagaimana seorang Imam Mekah telahh menghabiskan masa sehingga dua (2) jam di salah sebuah air terjun di Pahang, mengucapkan “inilah syurga, inilah syurga, inilah syurga”. Ucapan tersebut menzahirkan bagaimana Malaysia mempunyai sebuah air terjun yang mempunyaii kualiti daya tarikan semulajadi berbanding negaranya. Begitulah penghargaan yang diberikan. Kawasan air terjun dan sungai rekreasi adalah antara sumber pendapatan sesebuah negara yang menyumbang dalam kluster eko pelancongan (eco-tourism). Malaysia juga mempunyai lebih daripada 50 buah sungai rekreasi dan air terjun yang menyumbang kepada sumber pendapatan berasaskan eko pelancongan.
Dwi kajian bertajuk Kajian Kualiti Kualiti Air Terjun dan Kajian Sungai Rekreasi Malaysia Fasa 1/2021 ini merupakan kajian pertama kali diadakan dengan kos kajian terendah menggunakan aset sedia ada Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar (PKKAAS). Sebagai permulaan kajian Fasa 1 ini, skop/komponen kajian hanyalah sekadar mendapatkan lokasi umum, mendapatlan bacaan lapangan (spot reading) dan merakamkan persekitaran kawasan kajian bagi tujuan rekod. Terdapat tiga (3) objektif utama bagi projek ini iaitu: (i) Mengenalpasti lokasi air terjun dan sungai rekreasi; (ii) mengenalpasti status semasa kualiti lokasi air terjun dan sungai rekreasi; (iii) mewujudkan pangkalan data kualiti environmental flow (e-flow). Dengan adanya inisiatif kajian ini, perubahan kualiti air boleh dijadikan sebagai garis rujukan bagi memahami insiden persekitarannya bagi memelihara tahap kualiti air sedia ada bagi mengekalkan aktiviti sumber eko pelancongan domestic dan sumber air Kelas 1 Malaysia.