Berita&Aktiviti

Projek Khidmat Kepakaran Kajian Awalan Impak Tanaman Durian Kepada Alam Sekitar.

Berita&Aktiviti

Projek Khidmat Kepakaran Kajian Awalan Impak Tanaman Durian Kepada Alam Sekitar.

Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar telah menjalankan beberapa kajian awalan dilaksanakan sekitar Sungai Sempam, Sungai Semantan dan Sungai Teras bagi mengumpul data-data semasa bagi melihat sejauh mana kesan tanaman durian ke atas kualiti air sungai tersebut.
Objektif kajian adalah:
(i) Mengenalpasti impak tanaman durian kepada alam sekitar khususnya pencemaran sumber air
(ii) Mencadangkan kewujudan berterusan pangkalan data sumber air pertanian yang konsisten.

Kajian ini akan dijadikan sebagai rujukan awalan bagi mana-mana usaha ke arah pembukaan guna tanah bagi tujuan pertanian yang memberi impak kepada kualiti air permukaan dan kualiti air persekitaran kawasan penanaman durian dan juga secara khususnya bagi melihat sejauhmana ianya boleh memberi impak kepada kedudukan mukasauk Loji Rawatan Air (LRA) atau sumber air bersih penduduk pedalaman atau aktiviti sosio ekonomi berasaskan ternakan akuakultur. Daerah Raub, Pahang merupakan kawasan tanaman durian dari spesis musang king yang terkenal di Malaysia. Terdapat tiga (3) buah Loji Rawatan Air (LRA) iaitu LRA Sungai Semantan, LRA Sungai Teras dan LRA Sungai Biliut. Seperti di dalam Akta 127, LRA tersebut telah dinyatakan sebagai antara punca air mentah bagi penduduk sekitar Raub, Pahang. Kesan penanaman durian yang semakin rancak boleh memberi impak perubahan kualiti air mentah kesan daripada pembajaan dan racun serangga perosak berlebihan. Dengan adannya kajian ini dapat memberi panduan agar penanaman lestari dapat di;

profile penyelidikan
oacp