Kajian Kemungkinan Pembinaan Empangan Bawah Tanah (UGD).
Empangan bawah tanah adalah merupakan fasiliti untuk menyimpan air tanah di dalam liang strata, bekalan, dan sistem agihan yang menggunakan akuifer semula jadi sebagai simpanan air. Berdasarkan kajian terdahulu dan terkini termasuk daripada penyiasatan tanah dan data tinjauan geofizik menunjukkan kawasan tadahan dicirikan oleh dua akuifer; akuifer cetek dan akuifer retak. Akuifer cetek dicirikan oleh pasir/kerikil sederhana hingga kasar dengan ketebalan kira-kira 5-18 m dan dilitupi oleh tanah liat yang kurang telap iaitu kira-kira 1-3 m tebal. Mendapan aluvium pasir/kerikil yang meluas ini membentuk sistem akuifer yang produktif di Sg. Lembangan Melaka. Akuifer cetek didasari oleh lapisan kelodak liat yang terbentuk akibat luluhawa batuan dasar dengan ketebalan kira-kira 10-15 m.
Kehadiran kebolehtelapan lapisan kelodak tanah liat yang rendah akan menghalang aliran ke bawah dari akuifer cetek ke akuifer yang lebih dalam (retakan batuan). Batuan dasar dianggarkan melalui tinjauan geofizik dan disahkan dengan penyiasatan tanah menunjukkan topografi batuan dasar adalah berbeza-beza dengan kedalaman dari beberapa meter sehingga 30 m di bawah permukaan tanah. Akuifer di Sg. Lembangan Melaka boleh menyimpan sehingga 48.6 MCM (juta meter padu) sumber air tanah dan boleh berpotensi dibangunkan empangan bawah tanah. Pengabstrakan mampan air bawah tanah adalah sekitar 22.6 JLH dan dengan meningkatkan pembinaan UGD, pengabstrakan dijangka mencapai sehingga 30 JLH. Isipadu air tanah yang boleh diabstrak daripada akuifer adalah mencukupi untuk menambah bekalan air bagi kegunaan domestik dan pertanian.