NAHRIM telah menyertai Sesi Libat Urus Pengenalan dan Penyediaan Kerangka Kajian Penilaian Outcome Tahun 2026 yang dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di Dewan Baiduri, PETRA.
Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Syamsul Nizam Bin Shamshuddin, Setiausaha Bahagian (Pembangunan) NRES, dengan kehadiran penceramah jemputan daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Puan. Nurul Adiah Hani Binti Husin.
Program ini bertujuan memberi pendedahan mengenai kerangka dan kaedah penyediaan Kajian Penilaian Outcome (KPO) bagi memastikan penilaian impak projek pembangunan kerajaan dilaksanakan secara sistematik, menyeluruh dan berasaskan bukti.
Penyertaan ini turut memberi peluang kepada pegawai NAHRIM untuk memperkukuh kefahaman dalam penyediaan kajian outcome bagi projek penyelidikan, khususnya dalam mengukur keberkesanan pelaksanaan projek serta impaknya terhadap kesejahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar dan pembangunan sektor sumber air negara.
Semoga ilmu dan panduan yang diperoleh sepanjang sesi ini dapat dimanfaatkan dalam menghasilkan laporan penilaian outcome yang lebih berkualiti, berimpak tinggi dan menyokong agenda Malaysia MADANI.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia





