Berita&Aktiviti

SEMINAR KEBANGSAAN PENYELIDIKAN DAN PENGURUSAN TASIK SERTA LEMBANGANNYA KE ARAH PENGGUNAAN BERKEKALAN DI MALAYSIA: STATUS SEMASA TASIK-TASIK TERPILIH PERINGKAT 2.CAMERON HIGHLANDS.10-11 MEI 2011.

Berita&Aktiviti

NAHRIM dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Akademi sains Malaysia (ASM) telah menganjurkan Seminar Kebangsaan Penyelidikan dan Pengurusan Tasik serta Lembangannya ke Arah Penggunaan Berkekalan di Malaysia: Status Semasa Tasik-tasik Terpilih Peringkat 2 pada 10—11 Mei 2011 di Hotel Equatorial, Cameron Highlands, Pahang.

Dirasmikan oleh Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM mewakili YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 10 Mei 2011.

Objektif seminar ini antara lain:
Menterjemah Pelan Strategi kepada Pelan Tindakan Penyelidikan dan Pengurusan Tasik melalui usaha-usaha secara berterusan,
Menilai status terkini tasik/takungan empangan dan lembangan yang dipilih berdasarkan piawaian data dan maklumat yang telah ditetapkan; dan
Membuat perbandingan penilaian bagi tasik/takungan empangan dan lembangan yang dipilih, mengenalpasti jurang antara data, maklumat dan pengetahuan yang diperolehi bagi membantu membangun dan melaksana pelan-pelan tindakan serta menjalankan penyelidikan secara berterusan.

Seramai 116 peserta dari pelbagai agensi kerajaan menghadiri seminar ini dimana 10 kertas kerja telah dibentangkan dan pada masa yang sama, satu lawatan teknikal ke Tasik Ringlet telah diadakan untuk melihat keadaan Tasik Ringlet yang menghadapi masalah sedimentasi yang berpunca daripada aktiviti pembangunan sekitar Cameron Highlands.

Muat Turun Kertas Pembentangan 10 Mei 2011
1. Integrated Lake Catchment Management – Putrajaya Experience and ILBM
Tn. Hj. Akashah Hj. Majizat
Environment, Lake and Wetland Section, Putrajaya Corporation

2. Erosion and Sediment Control for Lake Catchments – JKR Experience
Ir. Hj. Abu Harith Hj. Shamsuddin
Senior Principal Assistant Director, Building Facility Maintenance Division JKR Headquarters, Kuala Lumpur

3. Status Development of Lake Brief and Current Concerns
En. Mustafa bin Hashim
General Manager, Cameron Highlands Power Station,TNB

4. Lake Brief: CHENDEROH RESERVOIR Perak, Malaysia
Ir. Mohd Daut bin Bahak
General Manager, SSJ Sungai Perak

5. Amalan Pertanian Baik Di Kawasan Tadahan Tasik
En. Borhan Bin Jantan
Bahagian Pengurusan & Pemuliharaan Sumber Tanah Jabatan Pertanian Malaysia

Muat Turun Kertas Pembentangan 11 Mei 2011
1. Managing Lakes and Reservoirs for Their Sustainable Use In Malaysia – A National ILBM Agenda –
Tan Sri Dato’ Ir. Hj. Shahrizaila Abdullah
Senior Fellow, Academy of Sciences, Malaysia

2. Urban Water Sustainability
Pauziah Hanum bt. Abdul Ghani, Ph.D
NAHRIM

3. Pangkalan Data Tasik Malaysia
En. Mohammad Fikry Abdullah & En. Sahibi Mokhtar
NAHRIM

4. Pengurusan Sisa Pepejal Di Kawasan Tadahan Tasik
En. Azizan bin Ariffin
Bahagian Dasar dan Perancangan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara

5. Empangan Klang Gate & Empangan Sg. Selangor
En. Mazlan bin Idrus
Pegawai Kawalan Alam Sekitar Lembaga Urus Air Selangor

6. Tasik Sembrong, Batu Pahat, Johor
Jabatan Pengairan Saliran Malaysia,

7. Tasik Empangan Beris
Jabatan Pengairan Saliran Malaysia,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

profile penyelidikan
oacp