Mesyuarat dan lawatan tapak telah diadakan bersama JPS Johor dan pegawai Projek Pertanian Moden Kluang bagi membincangkan pelaksanaan kajian geofizik air bawah tanah serta penilaian telaga sedia ada. Lawatan turut melibatkan pemeriksaan keadaan rumah pam, sistem bekalan air, akses tapak dan lokasi cadangan survei geofizik.
Perbincangan memfokuskan kepada pelaksanaan Electrical Resistivity Tomography (ERT), pemeriksaan telaga secara down-the-hole, flushing, dan pumping test bagi menilai keadaan serta prestasi telaga sedia ada. Hasil lawatan akan digunakan untuk memuktamadkan skop kerja dan pelaksanaan kajian bagi menyokong usaha menaik taraf sistem bekalan air.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia



