Dari Kiri : Amri, Ir. Haji Fauzi, Ir. Haji Mohd Radzi, Ir. Dr. Safari
3 April 2017 (Isnin) – NAHRIM yang diketuai oleh Y. Brs Timbalan Ketua Pengarah, Ir. Haji Mohd Fauzi Bin Mohamad, Pengarah Pusat Kajian Pantai Dan Oseanografi, Ir. Haji Mohd Radzi Bin Abd Hamid, Pegawai Penyelidik Kanan, Ir. Dr. Safari Bin Mat Desa dan Amri Bin Md Shah telah menyahut jemputan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menyampaikan persembahan teknikal penyelidikan berkaitan Fenomena Peningkatan Aras Laut Pulau Pinang yang bertempat di Tingkat 52, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Pulau Pinang.
Y.B Tuan Phee Boon Poh, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Mesyuarat KerajaanNegeri telah mempengerusikan siding ini dengan dihadiri oleh Jabatan-jabatan teknikal negeri Pulau Pinang seperti Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Dan Daerah serta Jabatan Bomba Dan Penyelamat.
Sessi persembahan ini berjalan dengan penuh interaktif dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat menghargai dengan penyelidikan yang dijalankan oleh NAHRIM supaya langkah adaptasi dan kawalan selanjutnya dapat diperhalusi di peringkatNegeri Pulau Pinang.
Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM dan ahli mesyuarat sewaktu sesi pembentangan kepada Exco Negeri