KENYATAAN SEBUT HARGA: NAHRIM/SHB/01/2022 – MKA
PERKHIDMATAN PERSAMPELAN DAN PENGUMPULAN DATA LAPANGAN BERKAITAN BAHAN CEMAR BAHARU UNTUK PEMATUHAN STANDARD REKREASI AIR PERMUKAAN
1. Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF) dan tempoh pendaftarannya masih berkuat kuasa di bawah kod bidang seperti berikut:
22 – Perkhidmatan
27 – Perkhidmatan Lain-lain
05 – Ujian Makmal
2. Penyebut Harga hendaklah ePerolehan on board dalam bidang berkaitan bagi perolehan berikut:
PERKHIDMATAN PERSAMPELAN DAN PENGUMPULAN DATA LAPANGAN BERKAITAN BAHAN CEMAR BAHARU UNTUK PEMATUHAN STANDARD REKREASI AIR PERMUKAAN
NO. SEBUT HARGA : QT2200000000021145
TARIKH LANCAR IKLAN : 20 JUN 2022
TARIKH TUTUP IKLAN : 27 JUN 2022
3. Sebut Harga ini dilaksanakan melalui sistem e-Perolehan (eP) secara atas talian sepenuhnya. Pembekal-Pembekal yang ingin menyertai sebut harga ini MESTILAH berstatus eP-enabled (mempunyai ID log masuk dan Sijil Digital yang telah diaktifkan).
4. Tawaran sebut harga tidak akan dipertimbangkan sekiranya:
(a) Pembekal LEWAT menyerahkan tawaran sebut harga dengan lengkap dalam
sistem e-Perolehan; atau
(b) Pembekal GAGAL memuatnaik dokumen wajib dengan lengkap ke dalam sistem e-Perolehan;
5. Tempoh kenyataan tawaran sebut harga ini adalah tujuh (7) hari kalendar bermula pada 20 Jun 2022 (Isnin) dan tarikh tutup sebut harga adalah pada 27 Jun 2022 (Isnin).
6. Iklan sebut harga ini juga boleh dirujuk di portal rasmi Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) http://www.nahrim.gov.my, e-Perolehan dan MyPROCUREMENT. Pembekal dinasihatkan untuk sentiasa melayari portal rasmi yang dinyatakan bagi mendapatkan maklumat mengenai arahan-arahan terkini atau pindaan yang dikeluarkan dari masa ke semasa.
7. Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal hendaklah dikunci masuk (key in) ke dalam Sistem eP sebelum atau pada 12.00 tengahari pada tarikh tutup sebut harga iaitu 27 Jun 2022 (Isnin) dan sebarang cadangan sebut harga dikemukakan selepas jam 12.00 tengah hari tidak akan dipertimbangkan.
8. Sila ambil maklum bahawa pihak Kerajaan dan NAHRIM berhak untuk membatalkan sebut harga ini pada bila- bila masa sekiranya perlu dan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran sebut harga. Sebarang kos yang ditanggung oleh pihak penyebut harga kerana urusan sebut harga adalah menjadi tanggungjawab sepenuhnya oleh pihak penyebut harga.
9. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai seperti berikut:
a) Pertanyaan Teknikal
Nama : Nor Salmi binti Abdullah
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6679
Emel : norsalmi[at]nahrim.gov.my
b) Pertanyaan Tawaran
Nama : Encik Stevie Sebol @ Muhammad Arif Sebol Abdullah
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6403
Emel : stevie.sebol[at]nahrim.gov.my
Nama : Puan Natrah binti Senin
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6493
Emel : natrah[at]nahrim.gov.my