21 April 2026 | Seramai 3 orang pegawai dari Makmal Kualiti Air, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menghadiri Elemental Analysis Workshop anjuran Institute for Medical Research (IMR) dan Agilent Technologies di IMR Setia Alam.
Bengkel ini juga turut dihadiri oleh seramai 45 orang peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, universiti, dan sektor swasta. Selain pembentangan dan sesi demonstrasi makmal, para peserta turut didedahkan dengan pengenalan serta aplikasi peralatan Inductively Coupled Plasma (ICP) bagi pengesanan logam berat, serta teknik penyediaan sampel menggunakan sistem Microwave Digestion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

