Berita&Aktiviti

PENGUMPULAN DATA PRIMER UNTUK PENYELIDIKAN KESAN ASIDIFIKASI LAUTAN TERHADAP PERTUMBUHAN BATU KARANG DAN HIDUPAN MARIN DISEBABKAN OLEH PERUBAHAN IKLIM DAN KENAIKAN ARAS LAUT

Berita&Aktiviti

KENYATAAN SEBUT HARGA: NAHRIM/SH/25/2022
PENGUMPULAN DATA PRIMER UNTUK PENYELIDIKAN KESAN ASIDIFIKASI LAUTAN TERHADAP PERTUMBUHAN BATU KARANG DAN HIDUPAN MARIN DISEBABKAN OLEH PERUBAHAN IKLIM DAN KENAIKAN ARAS LAUT

1. Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF) dan tempoh pendaftarannya masih berkuat kuasa di bawah kod bidang seperti berikut:
22 – Perkhidmatan
12 – Khidmat Udara/Laut/Darat
04 – Hidrografi
dan
22 – Perkhidmatan
12 – Khidmat Udara/Laut/Darat
05 – Oceanografi

2. Penyebut Harga hendaklah ePerolehan on board dalam bidang berkaitan bagi perolehan berikut:
PENGUMPULAN DATA PRIMER UNTUK PENYELIDIKAN KESAN ASIDIFIKASI LAUTAN TERHADAP PERTUMBUHAN BATU KARANG DAN HIDUPAN MARIN DISEBABKAN OLEH PERUBAHAN IKLIM DAN KENAIKAN ARAS LAUT
NO. SEBUT HARGA : QT220000000013739
TARIKH LANCAR IKLAN : 26 APRIL 2022
TARIKH TUTUP IKLAN : 03 MEI 2022

3. Sebut Harga ini dilaksanakan melalui sistem e-Perolehan (eP) secara atas talian sepenuhnya. Pembekal-Pembekal yang ingin menyertai sebut harga ini MESTILAH berstatus eP-enabled (mempunyai ID log masuk dan Sijil Digital yang telah diaktifkan).

4. Tawaran sebut harga tidak akan dipertimbangkan sekiranya:
(a) Pembekal LEWAT menyerahkan tawaran sebut harga dengan lengkap dalam
sistem e-Perolehan; atau
(b) Pembekal GAGAL memuatnaik dokumen wajib dengan lengkap ke dalam sistem e-Perolehan;

5. Tempoh kenyataan tawaran sebut harga ini adalah tujuh (7) hari kalendar bermula pada 26 April 2022 (Selasa) dan tarikh tutup sebut harga adalah pada 03 Mei 2022 (Selasa).

6. Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal hendaklah dikunci masuk (key in) ke dalam Sistem eP sebelum atau pada 12.00 tengahari pada tarikh tutup sebut harga iaitu 03 Mei 2022 (Selasa) dan sebarang cadangan sebut harga dikemukakan selepas jam 12.00 tengah hari tidak akan dipertimbangkan.

7. Sila ambil maklum bahawa pihak Kerajaan dan NAHRIM berhak untuk membatalkan sebut harga ini pada bila- bila masa sekiranya perlu dan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran sebut harga. Sebarang kos yang ditanggung oleh pihak penyebut harga kerana urusan sebut harga adalah menjadi tanggungjawab sepenuhnya oleh pihak penyebut harga.

8. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai seperti berikut:
a) Pertanyaan Teknikal
Nama : Encik Dunstan Anthony
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6489
Emel : dunstan[at]nahrim.gov.my

b) Pertanyaan Tawaran
Nama : Encik Stevie Sebol @ Muhammad Arif Sebol Abdullah
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6403
Emel : stevie.sebol[at]nahrim.gov.my

Nama : Puan Natrah binti Senin
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6493
Emel : natrah[at]nahrim.gov.my

profile penyelidikan
oacp