Berita&Aktiviti

PENGLIBATAN NAHRIM DI GREENOVATE: SUSTAINABLE CAMPUS INNOVATION CHALLENGE UiTM – 30 OKTOBER 2026

Berita&Aktiviti

PENGLIBATAN NAHRIM DI GREENOVATE: SUSTAINABLE CAMPUS INNOVATION CHALLENGE UiTM

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sentiasa menyokong inisiatif yang menggalakkan pembangunan inovasi dan kelestarian alam sekitar melalui perkongsian kepakaran serta kerjasama dengan pelbagai institusi. Sehubungan itu, Dr. Azlinda binti Ibrahim dan Puan Roslina Abdul Razak dari Makmal Kualiti Air (MKA), NAHRIM, telah dilantik sebagai Panel Penilai Industri bagi Greenovate: Sustainable Campus Innovation Challenge anjuran Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 30 Oktober 2026.

Pelantikan ini melibatkan penilaian idea dan projek inovasi peserta berdasarkan perspektif serta kepakaran industri, di samping menjadi platform perkongsian kepakaran antara NAHRIM dan UiTM. Penglibatan ini mencerminkan sokongan dan komitmen NAHRIM dalam usaha melahirkan idea inovatif dan penyelesaian kreatif ke arah pembangunan mampan.

 

 

#MakmalKualitiAir

#ISO17025

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera