Berita&Aktiviti

PENGLIBATAN NAHRIM DALAM MESYUARAT BERKAITAN BAHAN CEMAR BAHARU (EMERGING POLLUTANTS) BERSAMA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA (SPAN) – 16 NOVEMBER 2026

Berita&Aktiviti

PENGLIBATAN NAHRIM DALAM MESYUARAT BERKAITAN BAHAN CEMAR BAHARU (EMERGING POLLUTANTS) BERSAMA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA (SPAN)

16 November 2026 | Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menerima jemputan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menghadiri mesyuarat berkaitan bahan cemar baharu (emerging pollutants). Mesyuarat ini bertujuan sebagai satu platform perkongsian maklumat, pengetahuan dan dapatan kajian daripada NAHRIM, UMT dan USM bagi meningkatkan pemahaman mengenai isu bahan cemar baharu seperti PFAS, sisa farmaseutikal, bahan pengganggu endokrin, serta mikroplastik. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ir. Ts. Lee Chin Shyan, Pengarah Kanan, Seksyen Standard Teknikal dan Pematuhan, Bahagian Teknikal, SPAN. Pada mesyuarat tersebut ChM Nor Salmi Abdullah dari Makmal Kualiti Air, NAHRIM telah menyampaikan pembentangan bertajuk Status dan Hala Tuju Bahan Cemar Baharu (BCB) di Malaysia. Turut sama menyampaikan pembentangan adalah wakil dari Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sains Malaysia.

#BahanCemarBaharu

#MakmalKualitiAir

#ISO17025

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera