YBhg. Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menyampaikan watikah penempatan kepada 3 orang pegawai pada 19 November 2026 dengan tarikh penempatan berkuat kuasa 23 November 2026 iaitu:
Encik Ismail bin Tawnie
Timbalan Ketua Pengarah
Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
Encik Hamzah bin Mahadi
Timbalan Pengarah (Pencegahan)
Bahagian Penguat Kuasa
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
YBrs. Dr. Norazam bin Mohd Noor
Pengarah
Bahagian Standard Swasta
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Turut mengiringi penyampaian watikah tersebut ialah YBhg. Dato’ Mohd Shaiful bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) dan YBhg. Dato’ Badurunhisam bin Mohd Nor, Pengarah Bahagian Perkhidmatan, JPA.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pegawai. Semoga terus cemerlang dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.



