Berita&Aktiviti

PEMERKASAAN PENGURUSAN DOKUMEN MS ISO/IEC 17025 MAKMAL KUALITI AIR – 4 JUN 2026

Berita&Aktiviti

PEMERKASAAN PENGURUSAN DOKUMEN MS ISO/IEC 17025 MAKMAL KUALITI AIR

4 Jun 2026 | Makmal Kualiti Air (MKA), NAHRIM telah melaksanakan pemasangan sistem NIXX dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) bagi memastikan sistem tersebut dapat beroperasi dengan lancar dan berkesan. Pelaksanaan sistem NIXX ini merupakan satu inisiatif ke arah mempertingkat dan memperkukuh pengurusan dokumen Akreditasi MS ISO/IEC 17025 Makmal Kualiti Air secara digital, sistematik dan bersepadu. Melalui sistem ini, dokumen, rekod serta proses berkaitan dapat diurus dan ditadbir dengan lebih cekap, teratur dan mudah diakses. Selain itu, sesi latihan turut diberikan kepada pentadbir sistem (admin) yang terdiri daripada pegawai penyelidik MKA bagi memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman mengenai pengendalian serta pengurusan modul ISO Quality 17025 dalam sistem NIXX.

 

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera