Susulan Peluncuran Karnival Sukan NAHRIM Tahun 2026 tempoh hari, acara pertama yang dipertandingkan iaitu Larian 4 x MHI telah diadakan pada 27 Julai 2026. Acara ini melibatkan seramai 4 orang pelari dari setiap rumah sukan mengelilingi blok bangunan Makmal Hidraulik dan Instrumentasi NAHRIM. Program awal pagi ini dimulakan dengan sesi pemanasan badan, pengenalan rumah sukan serta larian oleh YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj. Mat Desa, Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM merangkap Penaung Kelab KENALI NAHRIM bersama wakil setiap rumah, yang disaksikan oleh Ts. Hj. Saiful Bahri bin Hamzah, Yang Dipertua KENALI bersama warga NAHRIM.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia




