Berita&Aktiviti

NAHRIM MENEROKA KERJASAMA DENGAN PEMAIN INDUSTRI KOREA SELATAN UNTUK INOVASI NRW – 25 NOVEMBER 2025

Berita&Aktiviti

25 NOVEMBER 2025 | NAHRIM MENEROKA KERJASAMA DENGAN PEMAIN INDUSTRI KOREA SELATAN UNTUK INOVASI NRW.
25 November 2025 | NAHRIM Meneroka Kerjasama dengan Pemain Industri Korea Selatan untuk Inovasi NRW.
Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia telah mengambil langkah proaktif dalam menangani isu kritikal Non-Revenue Water (NRW) di Malaysia. Satu perjumpaan dan perbincangan penting telah diadakan antara Ketua Pengarah NAHRIM yang turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai kanan bersama delegasi pihak pemain industri dari Korea Selatan.
Skop Perbincangan Utama:
Perbincangan ini berpusat pada potensi kerjasama strategik untuk mengkomersialkan produk inovasi canggih yang dibangunkan khas untuk mengatasi masalah NRW.
Produk Inovasi ini adalah penyelesaian berkesan yang berpotensi tinggi untuk:
i. Mengesan dan mencegah kebocoran air pada paip-paip pembekalan air terawat.
ii. Memastikan air terawat tidak hilang sebelum sampai ke meter air di premis perumahan atau komersial.
iii. Mengelakkan kerugian pendapatan yang besar yang ditanggung oleh syarikat pembekalan air.
Kami percaya bahawa melalui kerjasama antarabangsa seumpama ini, NAHRIM dapat membawa teknologi inovatif terkini ke pasaran tempatan, seterusnya membantu syarikat air di Malaysia mencapai sasaran penurunan NRW dan meningkatkan kecekapan operasi mereka!
profile penyelidikan
oacp