26 November 2025 | Mesyuarat Bengkel Pemurnian Pengukuhan NAHRIM Tahun 2025 diteruskan dengan fokus kepada pengukuhan bahagian-bahagian, pemetaan kepada pemegang taruh dan program RMKe-13 serta penyelarasan strategi merentas bahagian.
Pada sesi hari kedua ini, pelbagai input dan idea telah dibincangkan secara kolaboratif melibatkan semua Pusat Kajian, Makmal dan Bahagian sedia ada, bagi memastikan penstrukturan dimantapkan dari segi hala tuju, impak serta kesesuaian dengan keperluan semasa sektor air.
Bengkel ini terus berfungsi sebagai platform penting untuk menggabungkan kepakaran, memperkukuh mekanisme pelaksanaan dan menyelaras tindakan organisasi secara lebih strategik. Dengan pendekatan yang lebih berfokus dan bersepadu, NAHRIM komited untuk bergerak lebih jauh sebagai institusi penyelidikan air yang berwibawa, berimpak dan berdaya saing selaras dengan Pelan Hala Tuju Sektor Air 2040 dan aspirasi NAHRIM ke arah Hab Air Serantau. 









