Mesyuarat penyelarasan Projek Kajian Pemetaan Potensi Tenaga Boleh Baharu (TBB) di bawah Inisiatif Ekonomi Biru telah diadakan pada 14 Oktober 2026.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Gan Chee Koon, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Tenaga Boleh Baharu, Bahagian Tenaga Lestari, PETRA, bagi membincangkan penyelarasan pelaksanaan Bengkel Penyediaan Penyelidikan Pemetaan Potensi TBB Biru Malaysia bersama PETRA, NAHRIM dan SEDA. Wakil NAHRIM telah dihadiri oleh Ts. Dunstan Anthony Pereira, Pn. Elyasabath Ghazali dan Ts. Wan Ahmad Hafiz bin Wan Mohamed Azhary.
Perbincangan memberi tumpuan kepada skop kajian, penyelarasan data dan perancangan penyelidikan bagi mengenal pasti potensi sumber tenaga marin seperti tenaga ombak, arus laut dan tenaga angin.
Inisiatif ini diharap dapat menyokong pembangunan tenaga boleh baharu negara serta memperkukuh agenda Ekonomi Biru Malaysia.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia


