Berita&Aktiviti

MESYUARAT PEMANTAPAN PENGURUSAN SUMBER AIR BERSEPADU (IWRM) TAHUN 2026 – 11 SEHINGGA 12 JUN 2026

Berita&Aktiviti

MESYUARAT PEMANTAPAN PENGURUSAN SUMBER AIR BERSEPADU (IWRM) TAHUN 2026

Pusat Kajian Hidrogeologi (PKH), Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menghadiri Mesyuarat Pemantapan Pengurusan Sumber Air Bersepadu (Integrated Water Resources Management – IWRM) Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di Menara PETRA, Putrajaya. Program ini telah disertai oleh wakil daripada bahagian, jabatan dan agensi di bawah PETRA bagi meningkatkan kefahaman serta memperkukuh kerjasama dalam pelaksanaan pendekatan IWRM di Malaysia. Manakala pasukan NAHRIM pula terdiri daripada lima pegawai yang diketuai oleh YBrs. Dr. Zati Sharip, Pengarah Pusat Kajian Hidrogeologi.

Sepanjang program, para peserta telah didedahkan kepada pelbagai aspek pengurusan sumber air secara bersepadu merangkumi prinsip dan pelaksanaan IWRM, AIR2040 dan bidang keutamaan sektor air, cabaran banjir dan kemarau akibat perubahan iklim, tadbir urus sektor air, pengurusan lembangan sungai bersepadu (IRBM), pelaksanaan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA), pengurangan risiko bencana serta strategi pemantauan dan penilaian IWRM.

Program ini turut menampilkan sesi panel bertajuk “Berkenaan IWRM” yang mengetengahkan perkongsian pengalaman dan amalan terbaik dalam pengurusan sumber air. Secara keseluruhannya, program ini telah meningkatkan pemahaman peserta mengenai pelaksanaan IWRM serta memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi berkaitan ke arah pengurusan sumber air yang lebih mampan, berdaya tahan dan bersepadu selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Dasar Air Negara dan aspirasi keselamatan air negara.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera