Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi (PKPO) NAHRIM telah menghadiri Mesyuarat Kumpulan Kerja ASEAN Mengenai Persekitaran Pantai dan Marin (AWGCME) Ke-27 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan (Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Ke-3 bagi ASEANO2 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Ke-7 bagi SEA-MaP) pada 9 hingga 11 Jun 2026. Delegasi Malaysia ke mesyuarat ini turut disertai oleh wakil-wakil daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).
Mesyuarat tersebut telah membincangkan pelbagai agenda kritikal berkaitan persekitaran pantai dan marin serta pengukuhan usaha sama strategik antara negara serantau ASEAN. Topik perbincangan utama adalah mitigasi pengurangan sampah laut, adaptasi perubahan iklim, potensi integrasi teknikal dan sinergi operasi, penganjuran forum/seminar kerja serantau dan pelaporan kerangka kerja kebangsaan.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

