Majlis Serahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Pemasangan Projek Fotovolta Suria oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada pihak kontraktor telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ismail bin Hashim, Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Malaysia pada petang tadi di Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur. Bagi projek pemasangan di NAHRIM, YBhg. Dato’ Ir. Dr. Hj. Nasehir Khan bin EM Yahaya, Ketua Pengarah NAHRIM; bersama YBrs. Ir. Zularifin bin Sejo, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan JKR telah menyaksikan sesi serahan SST tersebut kepada Ketua Pegawai Eksekutif CMC Engineering Sdn. Bhd. Projek tersebut yang berpotensi untuk penjanaan tenaga suria sehingga 230 kWp di bangunan NAHRIM akan disiapkan dalam tempoh 6 bulan bermula Januari 2026. NAHRIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Ekonomi, JKR Malaysia, SEDA PETRA serta semua pihak yang terlibat dengan projek serta memberikan komitmen penuh agar projek dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia








