Berita&Aktiviti

MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI DAN MAJLIS HARI RAYA NAHRIM. 20 SEPTEMBER 2011.

Berita&Aktiviti

Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia turut disambut dengan penuh semangat.

Pada 20 September yang lalu, NAHRIM telah mengadakan empat sambutan serentak iaitu Sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia dan Hari Raya serta meraikan bekas pegawai NAHRIM. Sambutan diadakan dalam dua majlis berasingan iaitu Perhimpunan Bulanan dan Majlis Hari Raya.

Pada awal pagi, Perhimpunan Bulanan Peringkat NAHRIM bagi bulan September telah diadakan. Pada majlis tersebut, telah diadakan sambutan Hari Kemerdekaan yang jatuh pada tarikh 31 Ogos dan Hari Malaysia yang jatuh pada tarikh 16 September setiap tahun. Telah dipaparkan montaj tentang kemerdekaan dan diikuti dengan nyanyian lagu patriotik oleh semua pegawai NAHRIM dengan penuh bersemangat.

Majlis Sambutan Hari Raya peringkat NAHRIM pula bermula dengan ketibaan YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Timbalan Menteri, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Turut hadir YBhg Dato’ Zoal Azha Yusof, Ketua Setiausaha dan Dr. Che Abd. Rahim Nik, Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Pengerusi-pengerusi Puspanita Cawangan serta wakil-wakil jabatan. Pada masa yang sama, bekas kakitangan NAHRIM turut diraikan. Majlis telah berlangsung dengan meriah.

mer3

Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia turut disambut dengan penuh semangat.

mer2

Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia turut disambut dengan penuh semangat.

mer4

Ucapan aluan oleh Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM.

mer5

Ucapan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

mer7mer6

YBhg. Dato’ Zoal Azha bin Yusof, Ketua Setiausaha dan Dr. Abd. Rahim bin Hj. Nik, Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar turut hadir.

mer8mer9mer10

Turut diraikan, bekas pegawai NAHRIM.

mer11

Sesi bergambar.

mer12

Sesi bergambar.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

profile penyelidikan
oacp