Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat anjuran Surau NAHRIM seterusnya solat Zuhur berjemaah bersama warga telah diadakan petang tadi. Selanjutnya YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj. Mat Desa, Timbalan Ketua Pengarah (tanggung tugas Ketua Pengarah NAHRIM ) telah memimpin solat hajat bagi mendoakan agar urusan pembedahan dan rawatan YAB Datuk Amar Hj. Fadillah bin Hj. Yusof dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
Semoga YAB Datuk Amar dikurniakan kesembuhan yang cepat dan sempurna, serta diberikan kekuatan untuk kembali bertugas seperti biasa.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia



