Pintu Utama Universiti Ming Chuan, Kampus Jihe, Taipei, Taiwan.
Lawatan teknikal pembentangan penyelidikan NAHRIM ke Taipei, Taiwan, pada 6 haribulan sehingga 8 haribulan Ogos 2017 ini adalah bertujuan membentangkan hasil penyelidikan NAHRIM di 7th. International Conference On Education, Research And Innovation (ICERI2017), bertempat di Universiti Ming Chuan, Jihe Campus, Taipei, Taiwan. Konferen ini dihadiri oleh Encik Noor Azme bin Omar dan Ir. Icahri bin Chatta.
Lawatan bermula pada 6 Ogos 2017, iaitu penerbangan dari KLIA ke Lapangan Taoyuan, Taiwan. Pada 7 Ogos 2017, pendaftaran dibuat di Konferen ICERI2017 bertempat di Universiti Ming Chuan, Jihe Campus, Taipei, Taiwan bago mendapatkan jadual pembentangan. Hari pembentangan kertas artikel jurnal NAHRIM dijadualkan pada 8 Ogos 2017. Seramai 20 orang pembentang dari pelbagai negara membentangkan hasil kajian mereka. Pembentangan kertas artikel jurnal oleh NAHRIM adalah bertajuk Wave Energy Prototype (WEP) Designs For Renewable Energy System dibentangkan oleh En. Noor Azme bin Omar dan kertas artikel jurnal bertajuk Malaysia East Coast Energy Harvesting Invention dibentang seterusnya oleh Ir. Icahri bin Chatta.
Persidangan ICERI2017 ini dilihat mempromosikan pelbagai hasil penyelidikan dengan cara menghimpunkan pelbagai bidang dari jurutera, saintis, penyelidik, pengamal dan pelajar dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan alam sekitar untuk manfaat dunia. Diantara faedah lawatan adalah ianya membuka peluang pertukaran teknologi dan ianya memberikan pendedahan kepada peserta berinteraksi dengan penyelidik luar negara dan pakar luar negara dalam bidang pengujian permodelan fizikal berasaskan sistem mekanikal hidraulik dari seluruh dunia.
Peserta-peserta dan Urusetia Persidangan ICERI2017, Taipei, Taiwan.
Hari Pembentangan ICERI2017 Oleh Ir. Icahri Chatta.
Hari Pembentangan ICERI2017 Oleh En. Noor Azme Omar.
Penyampaian Sijil Penyertaan ICERI2017 Kepada Ir. Icahri Chatta dan En. Noor Azme Omar.
Penyampaian Sijil Pembentang Terbaik Kepada En. Noor Azme Omar dan Wakil USM.