Berita&Aktiviti

LAWATAN TAPAK KE STESEN CUACA NAHRIM DI EMPANGAN DURIAN TUNGGAL, MELAKA – 26 APRIL 2026

Berita&Aktiviti

LAWATAN TAPAK KE STESEN CUACA NAHRIM DI EMPANGAN DURIAN TUNGGAL, MELAKA

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) menerusi Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar (PKKAAS) telah mengadakan lawatan tapak ke stesen cuaca yang terletak di Empangan Durian Tunggal, Melaka pada 26 April 2026.

Lawatan ini diketuai oleh Pengarah Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar bersama pegawai-pegawai penyelidik NAHRIM. Objektif utama lawatan adalah untuk menilai keadaan semasa stesen cuaca serta mengenalpasti keperluan penambahbaikan bagi menyokong perancangan penyelidikan air dan alam sekitar pada masa hadapan.

Sepanjang lawatan, delegasi turut menjalankan pemerhatian lapangan serta perbincangan teknikal berkaitan fungsi dan keberkesanan stesen dalam pengumpulan data hidrometeorologi. Data ini amat penting dalam menyokong kajian berkaitan sumber air, perubahan iklim dan pengurusan empangan. Terima kasih diucapkan kepada Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) di atas kerjasama yang diberikan sepanjang penempatan stesen ini.

NAHRIM komited dalam memperkukuh penyelidikan berasaskan data serta memastikan infrastruktur pemantauan sentiasa berada pada tahap optimum demi kelestarian sumber air negara.

Disediakan Oleh: PKKAAS

 

#dam #duriantunggaldam #lake #environmentandwaterresearch #NAHRIM #BKSA #SAMB

#unitkomunikasikorporatpkkaas

#pusatkajiankualitiairdanalamsekitar

#halatuju

#pengurusan

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera