Pasukan Pusat Kajian Hidrogeologi, NAHRIM telah menjalankan tinjauan tapak dan kerja lapangan bagi pemetaan geologi di Labuan dengan tujuan menilai potensi hidrogeologi Formasi Belait sebagai sebahagian daripada inisiatif pembangunan sumber air bawah tanah di Wilayah Persekutuan Labuan.
Tinjauan ini dibuat di kawasan Tanjung Kubong, Labuan diikuti dengan sesi perbincangan bersama pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) Labuan bagi penggunaan telaga pengeluaran sedia ada milik JBA, khususnya telaga yang tidak lagi beroperasi (abandoned well) dan penentuan lokasi strategik bagi persampelan air.
Kerja lapangan telah dimulakan dengan pemetaan geologi di beberapa lokasi termasuk kawasan Setap Shale di Kg Bedaun, Bukit Besar dan Kg Merinding bagi mengenal pasti ciri litologi serta struktur geologi. Ini diikuti dengan penyediaan tapak bagi ujian infiltrasi untuk menilai kadar resapan tanah. Selain itu, pemeriksaan telaga pengeluaran sedia ada dan kerja persampelan in-situ dan kualiti air telah dijalankan bagi mengukur parameter kualiti air tanah di lapangan.
Ujian double ring infiltration dibuat di beberapa lokasi terpilih sekitar Labuan bagi menilai potensi recharge air bawah tanah di kawasan kajian.
Disediakan oleh: Pusat Kajian Hidrogeologi
——
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia











