Makmal Hidraulik dan Instrumentasi, NAHRIM hari ini telah menerima kunjungan delegasi daripada Bahagian Pengurusan Zon Pantai, JPS Malaysia. Delegasi yang terdiri daripada 15 orang pegawai ini telah diketuai oleh En. Al Imran bin Abdul Manan.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memperkukuh jalinan ukhuwah serta menjadi platform perbincangan dua hala dalam meneroka potensi kerjasama strategik. Fokus utama perbincangan tertumpu kepada aspek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam sektor air, khususnya bagi pengurusan zon pantai yang lebih mampan.
Semoga perkongsian kepakaran dan sinergi antara kedua-dua agensi ini mampu memberikan impak yang signifikan dalam memacu agenda pembangunan sektor air negara.
#MakmalHidraulikDanInstrumentasi
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia






