Sesi perbincangan antara kedua-dua pihak.
5 Feb 2014 – Ketua Pengarah NAHRIM, YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin Shaaban bersama-sama dengan Pengarah Pusat Kajian Lembangan Sungai, Pengarah dan Pegawai Penyelidik Kanan Bahagian Perancangan Korporat telah mengadakan lawatan ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Lawatan ini bertujuan untuk mempromosikan kemudahan serta kepakaran NAHRIM dalam projek-projek penyelidikan serta perundingan berkaitan kejuruteraan hidraulik dan hidrologi. Pihak DBKL yang diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Ahmad Phesal bin Hj. Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Hj. Mohd Najib bin Hj. Mohd, Timbalan Ketua Pengarah (Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan) serta beberapa pegawai kanan telah sudi meluangkan masa mendengar pembentangan NAHRIM.
Lawatan ini secara umum telah Berjaya mengetengahkan kepakaran NAHRIM dalam bidang-bidang berkaitan air, secara spesifik berkaitan pemuliharaan kualiti air sungai dan tasik, Sistem Penuaian Air Hujan dan Pelan Pengurusan Kawasan Tadahan Bersepadu.
Penyerahan cenderahati oleh YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin Shaaban kepada YBhg. Datuk Seri Hj. Ahmad Phesal bin Hj. Talib.