Berita&Aktiviti

LAWATAN MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR KE NAHRIM PADA 4 JUN 2014.

Berita&Aktiviti

YB. Datuk Seri G. Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

4 Jun 2014 – NAHRIM menerima kunjungan YB. Datuk Seri G. Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 4 Jun 2014 sempena Mesyuarat Pasca Kabinet yang diadakan di NAHRIM. Lawatan dimulakan dengan taklimat korporat NAHRIM yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM. Datuk Seri kemudiannya dibawa melihat fasiliti makmal termasuk projek pemodelan fizikal Rancangan Tebatan Banjir Sg. Sarawak sebelum merasmikan Flum. Flum yang merupakan fasiliti terkini berukuran 100 meter itu berupaya menjana ombak dan arus untuk menguji reka bentuk & kestabilan struktur pantai dan luar pesisir. Selain boleh dinaik taraf dengan ‘penjana tsunami’ untuk menghasilkan ombak besar tsunami dan kajian yang berkaitan. Ia juga membolehkan kajian ke atas impak kesan gelombang, kerukan, kapasiti aliran, dan lain-lain dalam sungai dan kawasan pantai, termasuk menjalankan tentukuran alat kajian hidrografi. Majlis diakhiri dengan sesi minum petang bersama warga NAHRIM.

KPcenderahatiMenteriNRE

YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM menyerahkan cenderahati kepada YB. Datuk Seri G. Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

MenteriLawatMHI

YB. Datuk Seri G. Palanivel, melawat ke Projek Pemodelan Fizikal, Rancangan Tebatan Banjir Sg. Sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

profile penyelidikan
oacp