Sesi penerangan oleh Kapten Zulkifli dari SPPP; Duduk dari kanan: Ir.Hj. Ahmad Jamalluddin Bin Shaaban (Ketua Pengarah NAHRIM), Pn. Monaliza (SPPP), En, Sharmizal (SPPP) dan En. Amri (NAHRIM).
LAWATAN KETUA PENGARAH NAHRIM KE SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG (SPPP)
Pada 10 Januari 2011, satu lawatan teknikal oleh pihak Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) bersama pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) ke sepanjang perairan Selat Pinang telah dijalankan. Lawatan ini diketuai oleh Ir.Hj. Ahmad Jamalluddin Bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM dan pengarah-pengarah Pusat Kajian Pantai, Makmal Hidraulik dan Instrumentasi, Bahagian Perancangan dan Penilaian serta beberapa orang pegawai lain dari Pusat Kajian Pantai. Pihak SPPP pula telah diketuai oleh Kapten Zulkifli, Pn. Monaliza dan beberapa orang pegawai lain.
Lawatan ini bertujuan meninjau dan mengenalpasti skop kerja serta lokasi Projek Pengerukkan Kapital Selat Pulau Pinang. Disamping itu, tinjauan dibuat terhadap keadaan struktur pelabuhan dan pembangunan sedia ada yang terdapat di sepanjang Selat Pulau Pinang. Ia penting bagi memverifikasikan pemodelan numerikal dan fizikal yang akan dijalankan oleh NAHRIM kelak.
Tinjauan juga meliputi bahagian pengerukkan terusan utara menuju ke selatan sehingga Jambatan Pulau Pinang dan melibatkan pemerhatian ke atas beberapa struktur pelabuhan termasuk Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Dermaga Air Dalam Butterworth, Jeti Swettenham, Pangkalan Kargo Pukal Prai dan Tanjong City Marina.
Sebahagian daripada kakitangan NAHRIM yang turut serta dalam lawatan ini.
Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT).
Dermaga Air Dalam Butterworth.
Jeti Swettenham dan Sebuah Kapal Star Cruise sedang berlabuh.
Jeti Swettenham dan Sebuah Kapal Star Cruise sedang berlabuh.
Jambatan Pulau Pinang.
Muara Sungai Prai.
Tanjong City Marina
Sebuah boya penanda arah laluan kapal
Pangkalan Kargo Pukal Prai
Dermaga Prai