Berita&Aktiviti

LAWATAN KERJA NAHRIM KE IBU PEJABAT SPRM PUTRAJAYA – 15 SEPTEMBER 2026

Berita&Aktiviti

LAWATAN KERJA NAHRIM KE IBU PEJABAT SPRM PUTRAJAYA

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah mengadakan Lawatan Kerja ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya pada 15 September 2026 (Selasa) yang diketuai oleh YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari Mat Desa, Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM. Lawatan ini telah diaturkan dengan kerjasama strategik Unit Integriti NAHRIM bersama Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM.

Objektif lawatan kerja ini dibuat adalah untuk memperkukuh kefahaman mengenai peranan SPRM serta memperkasakan budaya integriti, antirasuah dan tadbir urus melalui perkongsian amalan terbaik serta pengukuhan kerjasama strategik. Sepanjang lawatan tersebut, pihak NAHRIM turut berkesempatan mendengar perkongsian dan pandangan yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM, KPKPj Samsul Salip.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera