Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menerima lawatan akademik daripada Universiti Monash Malaysia bertempat di kampus NAHRIM, Seri Kembangan. Program yang berlangsung ini dihadiri oleh seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada seorang pensyarah pengiring dan 26 orang pelajar universiti berkenaan.
Sesi lawatan dimulakan dengan pembentangan taklimat teknikal bagi memberi pendedahan komprehensif mengenai peranan, hala tuju penyelidikan, serta inovasi teknologi air termaju yang dibangunkan oleh NAHRIM. Para pelajar kemudiannya dibawa melawat fasiliti penyelidikan makmal bagi melihat secara dekat peralatan, simulasi model hidraulik, dan pengujian saintifik yang dijalankan oleh para penyelidik agensi.
Secara keseluruhannya, program ini menjadi medan pertukaran ilmu yang bermanfaat antara pihak industri penyelidikan dengan institusi pengajian tinggi. Lawatan akademik ini bukan sahaja memperkasakan kefahaman para pelajar berkenaan aplikasi praktikal sains air dan hidrologi, malah memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara NAHRIM dan Universiti Monash Malaysia dalam memupuk modal insan berkepakaran pada masa hadapan.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia


