Berita&Aktiviti

LAWATAN AKADEMIK PELAJAR XI’AN SHIYOU UNIVERSITY, CHINA BERSAMA HERIOT-WATT UNIVERSITY MALAYSIA (HWUM) KE NAHRIM – 24 JULAI 2026

Berita&Aktiviti

LAWATAN AKADEMIK PELAJAR XI'AN SHIYOU UNIVERSITY, CHINA BERSAMA HERIOT-WATT UNIVERSITY MALAYSIA (HWUM) KE NAHRIM

Satu sesi lawatan akademik daripada para pelajar Xi’an Shiyou University, China telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM). Lawatan ilmiah ini merupakan sebahagian daripada pengisian “Summer Programme” anjuran Heriot-Watt University Malaysia (HWUM).

Sesi lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan secara fizikal dan teknikal kepada para pelajar antarabangsa berkenaan fasiliti penyelidikan, inovasi teknologi berasaskan air, serta kepakaran penyelidik NAHRIM. Pertemuan berasaskan akademik ini membuka ruang pertukaran ilmu yang positif di peringkat antarabangsa, sekaligus memperkukuh jalinan kerjasama rentas institusi pendidikan dan agensi penyelidikan negara.

 

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera