Berita&Aktiviti

LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM AIR ULTRATULEN PURELAB® CHORUS 1 COMPLETE – 4 SEPTEMBER 2026

Berita&Aktiviti

LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM AIR ULTRATULEN PURELAB® CHORUS 1 COMPLETE

Satu sesi latihan penggunaan PURELAB® Chorus 1 Complete with TOC + 60L Reservoir Ultrapure Water System daripada ELGA LabWater telah berjaya dilaksanakan pada 4 September 2026 bertempat di Makmal Kualiti Air (MKA), NAHRIM. Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kompetensi dan kemahiran praktikal warga MKA dalam penggunaan serta pengendalian sistem penghasilan air ultratulen, yang memainkan peranan penting dalam menyokong kualiti dan kebolehpercayaan aktiviti analisis makmal.

Latihan yang dikendalikan oleh Chemopharm Sdn. Bhd. ini telah dilaksanakan dalam dua sesi, iaitu Sesi 1 dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi dan Sesi 2 dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi, dengan penglibatan semua kakitangan Makmal Kualiti Air. Latihan ini merangkumi penerangan mengenai fungsi dan tatacara pengoperasian sistem, prosedur penggunaan yang betul serta kaedah pengendalian peralatan secara tepat dan selamat. Penekanan turut diberikan bagi memastikan sistem dapat dikendalikan secara optimum dalam menyokong keperluan dan aktiviti analisis makmal.

#MakmalKualitiAir

#ISO17025

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera