5 Mei 2026 (Selasa) | Latihan Penggunaan Dissolved Oxygen Meter oleh HACH
Makmal Kualiti Air (MKA), NAHRIM telah mengadakan latihan penggunaan Dissolved Oxygen (DO) Meter oleh HACH di Makmal Kimia yang melibatkan semua kakitangan MKA. Latihan ini bertujuan memberi pendedahan mengenai pengendalian, penentukuran dan penyelenggaraan peralatan dengan betul, serta memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan bacaan yang dicerap.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

