Berita&Aktiviti

LAPORAN PROJEK PERUNDINGAN: PEMODELAN FIZIKAL & NUMERIKAL BAGI RANCANGAN TEBATAN BANJIR SUNGAI SARAWAK (RTBSS)

Berita&Aktiviti

Model struktur TCG yang dibangunkan.

Perkhidmatan perundingan bagi projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Sarawak (RTBSS) telah dilaksanakan di Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI), NAHRIM pada tahun 2012 untuk Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS).

Objektif utama perkhidmatan perundingan ini meliputi pembangunan model fizikal dan numerikal untuk menilai kecekapan dan keberkesanan opsyen tebatan banjir yang telah dicadangkan oleh pihak konsultan yang dilantik JPS, dengan memberi tumpuan kepada isu-isu berikut: –

  1. Mengesahkan kapasiti struktur pelepasan air untuk struktur-struktur pintu kawalan pasang surut (TCG) dan barrage;
  2. Mengesahkan pelesapan tenaga dan perlindungan kerukan bagi struktur-struktur yang dicadangkan;
  3. Menguji mod operasi yang berbeza seperti yang ditetapkan pihak konsultan;
  4. Membuat pemerhatian terhadap regim aliran untuk menilai potensi pemendapan dan/atau corak hakisan serta ramalan kualiti air dalam saluran pintasan dan aliran Sg. Sarawak.

Bagi pemodelan fizikal, sebanyak 6 kes ujian telah dijalankan untuk model TCG sementara 4 kes ujian telah dilaksanakan untuk struktur barrage. Model berskala yang digunakan adalah 1:50, dengan kadaralir maksimum sebanyak 272 liter/saat, bersamaan dengan 4800 m3/saat dalam keadaan sebenar (prototaip). Bagi pemodelan numerikal pula, model-model 2D meliputi sungai-sungai berkaitan dan model 1D bagi kualiti air dalam saluran pintasan banjir telah dibangunkan.

rtbss2

Model struktur barrage dalam pembinaan.

rtbss3

Lawatan oleh Ketua Pengarah dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Pengairan dan Saliran ke model RTBSS, diiringi Ketua Pengarah NAHRIM, Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban.

rtbss4

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Datuk Ir. Hj. Ahmad Hussaini bin Sulaiman membincangkan perkara-perkara berkaitan RTBSS bersama pegawai-pegawai NAHRIM.

rtbss5

Proses pengukuran data ujian model TCG.

rtbss6

Ujian bagi struktur barrage sedang dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

profile penyelidikan
oacp