Berita&Aktiviti

LAPORAN PENYELIDIKAN DI BAWAH RANCANGAN MALAYSIA KE 12 PROGRAM 4- KAJIAN MENINGKATKAN RIZAB BEKALAN AIR -KOD PROJEK P3317000012009-PUSAT KAJIAN HIDROGEOLOGI

Berita&Aktiviti

LAPORAN PENYELIDIKAN DI BAWAH RANCANGAN MALAYSIA KE 12 PROGRAM 4- KAJIAN MENINGKATKAN RIZAB BEKALAN AIR -KOD PROJEK P3317000012009-PUSAT KAJIAN HIDROGEOLOGI

Laporan penyelidikan di bawah Rancangan Malaysia ke 12 program 4- Kajian Meningkatkan Rizab Bekalan Air -kod projek P3317000012009-Pusat Kajian Hidrogeologi

Tajuk laporan:

1. Enhancing Groundwater Reserves Through The Managed Aquifer Recharge (MAR) approach in Langat Basin, Selangor

2.Enhancing Groundwater Reserves Through The Managed Aquifer Recharge (MAR) approach in Nenasi, Pahang

3.Enhancing Groundwater Reserves Through The Managed Aquifer Recharge (MAR) approach in Lower Kelantan basin, Kelantan

4.Enhancing Groundwater Reserves Through The Managed Aquifer Recharge (MAR) approach in Melaka river basin, Melaka

5.Enhancing Groundwater Reserves Through The Managed Aquifer Recharge (MAR) approach in Muda River Basin, Kedah

6.Enhancing Groundwater Reserves Through The Managed Aquifer Recharge (MAR) approach in Sedili Besar River Basin, Johor

Di antara objektif penyelidikan adalah seperti berikut:

i. Mencirikan keadaan hidrogeologi Lembangan Sungai termasuk jenis akuifer, komposisi litologi, sifat hidraulik, dan sistem aliran air tanah yang berkaitan dengan penilaian kebolehlaksanaan MAR.

ii. Mengenal pasti lokasi strategik untuk pembangunan telaga berdasarkan kriteria geologi, hidrogeologi dan hidrologi

iii. Menentukan margin rizab anggaran sumber air tanah bagi memastikan pengurusan yang mampan

iv. Menganggar kapasiti resapan dan potensi simpanan didalam sistem akuifer terpilih melalui pemodelan infiltrasi dan analisis parameter hidraulik.

v. Membangunkan rangka kerja konseptual pelaksanaan MAR lembangan Sungai yang merangkumi kriteria pemilihan tapak, kaedah imbuhan semula, serta strategi pemantauan yang sejajar dengan dasar pengurusan sumber air negara.

Keseluruhannya, penyelidikan ini akan dapat menyokong pengurusan sumber air yang lebih berdaya tahan, meningkatkan keselamatan sumber air, dan membuka ruang kepada penggunaan teknik Managed Aquifer Recharge(MAR) sebagai salah satu solusi jangka panjang bagi Lembangan Sungai terpilih dan sekitarnya.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#groundwater

#managedaquiferrecharge

#airtanah

#airbawahtanah

#hidrogeology

 

profile penyelidikan
oacp