Berita&Aktiviti

LAWATAN TEKNIKAL DAN PEMBANGUNAN KE LOJI RAWATAN AIR BATANG KALI DAERAH HULU SELANGOR – 10 DISEMBER 2025

Berita&Aktiviti

LAWATAN TEKNIKAL DAN PEMBANGUNAN KE LOJI RAWATAN AIR BATANG KALI DAERAH HULU SELANGOR - 10 DISEMBER 2025

10 Disember 2025 | Lawatan Teknikal dan Pembangunan ke Loji Rawatan Air Batang Kali Daerah Hulu Selangor

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) melalui Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI) telah mengadakan Lawatan Teknikal dan Pembangunan yang diketua oleh Ir. Ts. Icahri bin Hj. Chatta bersama 12 orang pegawai NAHRIM ke Loji Rawatan Air Selangor Batang Kali Daerah Hulu Selangor. Turut hadir 5 orang pegawai dari Pejabat Pengurusan Air Selangor Wilayah Hulu Selangor.

Fokus utama lawatan ini adalah untuk membangunkan rangkaian kerjasama strategik dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Teknologi Tenaga boleh Diperbaharui sebagai sumber tenaga alternatif bagi menyokong Pelan Strategik PETRA di bawah Rancangan Malaysia ke-13.

Melalui lawatan ni, pihak Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI) berpeluang menerokai potensi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam sektor air dan tenaga bersama pihak Pengurusan Air Selangor di masa hadapan.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#Kementerianperalihantenagadantranformasiair

#PenerajuPenyelidikanAir

#MHi

#mhiflyhigh

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

profile penyelidikan
oacp