Mewakili seluruh warga NAHRIM, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran YBhg. Dato’ Sri Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA, ke Majlis Iftar NAHRIM yang berlangsung hari ini.
Setinggi-tinggi terima kasih juga diucapkan atas kesudian YBhg. Dato’ Sri menyampaikan ucapan ringkas serta meluangkan masa untuk beramah mesra bersama warga kerja NAHRIM. Semoga majlis yang penuh keberkatan ini menjadi pemangkin semangat buat NAHRIM untuk terus memacu penyelidikan berimpak tinggi, selaras dengan aspirasi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Penghargaan ikhlas juga ditujukan kepada semua tetamu yang hadir serta syabas kepada seluruh jawatankuasa yang telah menjayakan majlis ini dengan cemerlang.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#NAHRIM #InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia















