Berita&Aktiviti

KERJA MEMBINA, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN NAHRIM (TUAIHUJAN) DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II, KOTA BHARU, KELANTAN.

Berita&Aktiviti

KENYATAAN SEBUT HARGA: NAHRIM/SH/57/2022(M)
KERJA MEMBINA, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN NAHRIM (TUAIHUJAN) DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II, KOTA BHARU, KELANTAN.

1. Sebut Harga adalah dipelawa kepada Kontraktor tempatan/daerah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di bawah Gred G2 Negeri Kelantan: Kategori CE (Pembinaan Kejuruteraan Awam), pengkhususan CE21 dan ME (M15). Sesalinan Sijil Pendaftaran yang sah laku dan cop syarikat hendaklah dibawa bersama semasa taklimat dan lawatan tapak.

2. Dokumen Sebut Harga boleh diperolehi melalui emel. Sila emelkan permohonan kepada Urus Setia Perolehan, natrah[at]nahrim[dot]gov[dot]my mulai 11 Ogos 2022 (Khamis) hingga 17 Ogos 2022 (Rabu).

3. Taklimat/Lawatan tapak adalah DIIWAJIBKAN dan akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 11 Ogos 2022 (Khamis)
Masa: 10.00 Pagi
Tempat berkumpul: Bilik Mesyuarat Aras 3, Blok ACC, Hospital Raja Perempuan Zainab ll Kota Bharu, Kelantan

4. Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Bahagian Khidmat Pengurusan, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Lot 5377, Jalan Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada 17 Ogos 2022 (Rabu) TIDAK LEWAT jam 12.00 Tengahari dan sebarang dokumen yang LEWAT diterima TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

5. Sila ambil maklum bahawa NAHRIM tidak semestinya menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga dan mempunyai hak untuk menerima sebut harga ini keseluruhannya atau mana-mana bahagian daripadanya jika perlu.

6. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai seperti berikut:
a) Pertanyaan Teknikal
Nama : Encik Mohd Azuan bin Sahak
No. telefon : 03-8947 6400
Emel : mohdazuan[at]nahrim[dot]gov[dot]my

b) Pertanyaan Tawaran
Nama : Puan Natrah binti Senin
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6493
Emel : natrah[at]nahrim[dot]gov[dot]my

profile penyelidikan
oacp