Berita&Aktiviti

KERJA-KERJA PEMBINAAN STRUKTUR PROTOTAIP BLOK PENAHAN OMBAK DAN PERLINDUNGAN PANTAI

Berita&Aktiviti

KENYATAAN SEBUT HARGA NO: NAHRIM/SH/17/2023
KERJA-KERJA PEMBINAAN STRUKTUR PROTOTAIP BLOK PENAHAN OMBAK DAN PERLINDUNGAN PANTAI

1. Sebut Harga adalah dipelawa kepada Kontraktor tempatan/daerah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di bawah Gred G1 (Daerah Petaling sahaja) dengan pengkhususan CE21 (Kerja-kerja am Kejuruteraan Awam) dan serta mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK).

2. Taklimat dan lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN dan akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
     Tarikh : 09 Jun 2023 (Jumaat)
     Masa : 10.00 Pagi
     Tempat berkumpul : Lobi NAHRIM, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) Lot 5377, Jalan Putra Permai 43300 Seri Kembangan, Selangor.

3. Penyebutharga yang ingin menyertai sebut harga ini dikehendaki membawa dokumen berkaitan semasa taklimat dan lawatan tapak:
3.1 Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran CIDB
3.2 Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) CIDB
3.3 Kad Pengenalan

4. Hanya penama di dalam sijil yang boleh menghadiri lawatan tapak dan taklimat sebut harga dan tidak boleh mewakilkan pegawai lain.

5. Dokumen Sebut Harga boleh diperolehi melalui emel setelah hadir ke taklimat dan lawatan tapak. Sila emelkan permohonan kepada unitperolehan[at]nahrim[dot]gov[dot]my mulai 09 Jun 2023 (Jumaat) hingga 13 Jun 2023 (Selasa).

6. Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Bahagian Khidmat Pengurusan, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Lot 5377, Jalan Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan SEBELUM ATAU PADA 16 JUN 2023 (JUMAAT) TIDAK LEWAT 12.00 TENGAHARI dan sebarang dokumen yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

7. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai seperti berikut:

a) Pertanyaan Teknikal
Nama : Ir. Ts. Muhammad Rizal Razali
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6444
Emel : mrizal[at]nahrim[dot]gov[dot]my

b) Pertanyaan Tawaran
Nama : Puan Natrah binti Senin
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6493
Emel : natrah[at]nahrim[dot]gov[dot]my

8. Sila ambil maklum bahawa NAHRIM tidak semestinya menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga dan mempunyai hak untuk menerima sebut harga ini keseluruhannya atau mana-mana bahagian daripadanya jika perlu.

profile penyelidikan
oacp