Berita&Aktiviti

KERJA-KERJA PEMBINAAN MODEL FIZIKAL ANGKUTAN SEDIMEN PANTAI BERPASIR DI MIRI, SARAWAK

Berita&Aktiviti

KENYATAAN SEBUT HARGA NO: NAHRIM/SH/36/2022(M)
KERJA-KERJA PEMBINAAN MODEL FIZIKAL ANGKUTAN SEDIMEN PANTAI BERPASIR DI MIRI, SARAWAK

1. Sebut Harga adalah dipelawa kepada Kontraktor tempatan/daerah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di bawah Gred G1 dengan pengkhususan CE21 (Pembinaan Kejuruteraan Awam) dan mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK). Salinan Sijil Pendaftaran hendaklah disertakan bersama-sama dengan tawaran.

2. Dokumen Sebut Harga boleh diperolehi melalui emel. Sila emelkan permohonan kepada
stevie.sebol[at]nahrim.gov.my atau natrah[at]nahrim.gov.my mulai 18 Mei 2022 (Rabu) hingga 25 Mei 2022 (Rabu).

3. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai seperti berikut:
a) Pertanyaan Teknikal
Nama : Encik Mohd Kamarul Huda bin Samion
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6511
Emel : kamarul[at]nahrim.gov.my

b) PertanyaanTawaran
Nama : Encik Stevie Sebol @ Muhammad Arif Sebol Abdullah
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6403
Emel : stevie.sebol[at]nahrim.gov.my

Nama : Puan Natrah binti Senin
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6493
Emel : natrah[at]nahrim.gov.my

4. Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di
Bahagian Khidmat Pengurusan, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Lot 5377, Jalan Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada 25 Mei 2022 (Rabu) tidak lewat jam 12.00 tengahari dan sebarang dokumen yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

5. Sila ambil maklum bahawa NAHRIM tidaqk semestinya menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga dan mempunyai hak untuk menerima sebut harga ini keseluruhannya atau mana-mana bahagian daripadanya jika perlu.

profile penyelidikan
oacp