KENYATAAN TAWARAN: MANUAL (NAHRIM/SH/46/2024)
KERJA-KERJA PEMBAIKAN BUMBUNG DAN SALUR AIR HUJAN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI BUMBUNG MAKMAL HIDRAULIK DAN INSTRUMENTASI, NAHRIM
Pembekal adalah dipelawa daripada Syarikat-syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA dalam kod bidang yang berkaitan dan kriteria berkaitan seperti berikut:
KETERANGAN TAWARAN : KERJA-KERJA PEMBAIKAN BUMBUNG DAN SALUR AIR HUJAN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI BUMBUNG MAKMAL HIDRAULIK DAN INSTRUMENTASI, NAHRIM
TARIKH MULA TAWARAN : 23/07/2024
TARIKH TUTUP TAWARAN : 31/07/2024
1. Sebut Harga adalah dipelawa kepada Kontraktor tempatan/daerah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (LPIPM) (CIDB) di bawah Gred G3 (Negeri Selangor sahaja) dengan pengkhususan CE21 (Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam) atau CE32 (Kerja Penyenggaraan Kejuruteraan Awam) serta mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK). Salinan Sijil Pendaftaran hendaklah disertakan bersama-sama dengan tawaran.
2. Dokumen tawaran sebut harga akan diemelkan selepas taklimat dan lawatan tapak pada 24 Julai 2024. Dokumen tawaran sebut harga akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor sah sahaja.
3. Taklimat dan Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN dan akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 24 Julai 2024 (Rabu)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat berkumpul: Bilik Mesyuarat Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI), Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Lot 5377, Jalan Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
4. Hanya penama di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan, Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) (CIDB) yang boleh menghadiri lawatan tapak dan taklimat sebut harga dan tidak boleh mewakilkan pegawai lain. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga ini dikehendaki membawa Kad Pengenalan dan Salinan Sijil Akuan Pendaftaran yang berkaitan semasa taklimat dan lawatan tapak.
5. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai seperti berikut:
a) Pertanyaan Teknikal
Nama : Encik Mohd Kamarul Huda bin Samion
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6511
Emel : kamarul@nahrim.gov.my
b) Pertanyaan Tawaran
Nama : Encik Stevie Sebol
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6403
Emel : stevie.sebol@nahrim.gov.my
6. Pegawai yang menandatangani Borang Sebut Harga hendaklah Pegawai Syarikat Yang Ditauliahkan seperti yang dinyatakan dalam Sijil Pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor.
7. Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Bahagian Khidmat Pengurusan, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Lot 5377, Jalan Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan SEBELUM ATAU PADA 31 JULAI 2024 (RABU) TIDAK LEWAT 12.00 TENGAHARI dan sebarang dokumen yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
8. Sila ambil maklum bahawa NAHRIM tidak semestinya menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga dan mempunyai hak untuk menerima sebut harga ini keseluruhannya atau mana-mana bahagian daripadanya jika perlu.