KENYATAAN SEBUT HARGA: NAHRIM/SH/56/2022(M)
KERJA-KERJA PELAKSANAAN PILOT PROJEK BAGI KAJIAN RAWATAN AIR PULIH GUNA SEBAGAI SUMBER AIR BAGI MEMBANGUNKAN TEKNOLOGI ADAPTASI PERUBAHAN IKLIM
1. Sebut Harga adalah dipelawa kepada Kontraktor tempatan/daerah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di bawah Gred G1 dengan pengkhususan CE21 (Pembinaan Kejuruteraan Awam) dan M15 (Kelengkapan Mekanikal Pelbagai). Kontraktor hendaklah mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK). Salinan Sijil Pendaftaran hendaklah disertakan bersama-sama dengan tawaran.
2. Dokumen Sebut Harga boleh diperolehi melalui emel. Sila emelkan permohonan kepada natrah[at]nahrim[dot]gov[dot]my mulai 02 Ogos 2022 (Selasa) hingga 08 Ogos 2022 (Isnin).
3. Taklimat/Lawatan tapak adalah DIIWAJIBKAN dan akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 02 Ogos 2022 (Selasa)
Masa: 9.00 Pagi
Tempat berkumpul: Lobi NAHRIM, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) Lot 5377, Jalan Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
4. Pemilik Syarikat atau wakil lantikan syarikat berserta dengan surat wakil dari syarikat sahaja yang layak untuk hadiri taklimat dan lawatan tapak.
5. Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Bahagian Khidmat Pengurusan, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Lot 5377, Jalan Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada 08 Ogos 2022 (Isnin) tidak lewat jam 12.00 tengahari dan sebarang dokumen yang LEWAT diterima TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
6. Sila ambil maklum bahawa NAHRIM tidak semestinya menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga dan mempunyai hak untuk menerima sebut harga ini keseluruhannya atau mana-mana bahagian daripadanya jika perlu.
7. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai seperti berikut:
a) Pertanyaan Teknikal
Nama : Puan Nur Aiza bin Mohamad
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6537
Emel : nuraiza[at]nahrim[dot]gov[dot]my
b) Pertanyaan Tawaran
Nama : Puan Natrah binti Senin
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6493
Emel : natrah[at]nahrim[dot]gov[dot]my