Berita&Aktiviti

JOM DERMA BUKU. 16 JANUARI 2020.

Berita&Aktiviti

16 Januari 2020 (Khamis), Perpustakaan NAHRIM telah melancarkan Program Jom Derma Buku. Program ini berlangsung sehingga 14 Mei 2020. Program Jom Derma Buku ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua warga NAHRIM. Ini merupakan satu inisiatif promosi Perpustakaan dalam usaha menarik minat warga NAHRIM berkunjung dan memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan di Perpustakaan selain daripada usaha untuk menambah koleksi bahan bacaan. Program ini telah berjaya mengumpul sebanyak 38 naskah buku tidak termasuk majalah dan lain-lain bentuk bahan bacaan. Kerjasama dan sokongan daripada warga NAHRIM diucapkan ribuan terima kasih. Semoga semangat ini dapat diteruskan dan menjadi harapan agar Perpustakaan NAHRIM ini sentiasa dikunjungi dan budaya membaca dapat disemarakkan di kalangan warga NAHRIM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

profile penyelidikan
oacp