21 Oktober 2026 | Makmal Kualiti Air (MKA), NAHRIM telah mengadakan aktiviti gotong-royong sebagai persediaan bagi menghadapi audit verifikasi oleh Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), yang dijadualkan pada 27 Oktober 2026. Aktiviti ini melibatkan kerjasama warga makmal dalam memastikan kebersihan, kekemasan dan keadaan persekitaran makmal berada pada tahap yang baik sebelum audit dijalankan. Pelaksanaan aktiviti ini mencerminkan komitmen NAHRIM dalam memastikan fasiliti dan sistem pengurusan kualiti makmal memenuhi keperluan standard ISO/IEC 17025:2017.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia






