Berita&Aktiviti

LAWATAN TEKNIKAL NAHRIM KE TASIK METROPOLITAN KEPONG BERSAMA PIHAK KOREA WATER RESOURCES CORPORATION – 29 OKTOBER 2026

Berita&Aktiviti

LAWATAN TEKNIKAL NAHRIM KE TASIK METROPOLITAN KEPONG BERSAMA PIHAK KOREA WATER RESOURCES CORPORATION

Satu lawatan teknikal ke Tasik Metropolitan Kepong telah diadakan dengan penyertaan Gs. Khairul Anam Musa @ Mahmud, Pengarah Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar (PKKAAS), Dr. Suriyani binti Awang; Pengarah Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi (PKPO) serta empat orang pegawai PKKAAS. Lawatan ini turut disertai oleh Pn. Nur Amanina binti Zulkefle, pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pn. Yeonju Choi

daripada Korea Water Resources Corporation (K-water), En. Byeongjun Ahn dan Pn. Euna Jo daripada Korea Entech Co. Ltd. serta seorang wakil ORS Technologies Sdn. Bhd.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau operasi dua unit Multifunctional Water Purification Device (MWPD) yang dipasang di tasik berkenaan. Tinjauan tersebut memberi tumpuan kepada fungsi kedua-dua unit serta penilaian prestasinya dalam menyokong usaha meningkatkan kualiti air tasik.

Selain meninjau operasi MWPD, sesi ini turut menjadi platform untuk berkongsi maklumat dan bertukar pandangan dengan pihak K-water dan Korea Entech berhubung aspek teknikal serta pemantauan prestasi peralatan tersebut.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan NAHRIM untuk meneroka dan menilai penggunaan teknologi rawatan air. Usaha ini juga memperkukuh kerjasama strategik antara NAHRIM, K-water, Korea Entech dan ORS Technologies ke arah pengurusan kualiti air yang lebih berkesan dan ampan.

Disediakan Oleh: PKKAAS

#NAHRIM

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera

#PKKAAS

#KWater

#MWPD

#KualitiAir

#KelestarianAir

#TasikMetropolitanKepong

#DBKL