Berita&Aktiviti

LAWATAN AKADEMIK KOREA WATER AND WASTEWATER WORKS ASSOCIATION (KWWA) KE NAHRIM – 3 NOVEMBER 2026

Berita&Aktiviti

LAWATAN AKADEMIK KOREA WATER AND WASTEWATER WORKS ASSOCIATION (KWWA) KE NAHRIM

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menerima Lawatan Akademik daripada delegasi Korea Water and Wastewater Works Association (KWWA) bertempat di kampus NAHRIM, Seri Kembangan pada jam 10.30 pagi. Sesi pertemuan rasmi ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada YBrs. Encik Ismail bin Hj. Tawnie, P.Geol, serta dihadiri oleh barisan pengarah dan penyelidik pusat kajian NAHRIM.

Atur cara lawatan disusuli dengan pembentangan profil korporat dan taklimat ringkas mengenai hala tuju penyelidikan agensi oleh Bahagian Perancangan Korporat (BPK). Delegasi KWWA seterusnya dibawa melawat fasiliti penyelidikan utama NAHRIM, merangkumi Makmal Kualiti Air (MKA), Makmal Hidraulik & Instrumentasi (MHI), serta Inovasi Sistem Penuaian Air Hujan (iSPAH) di bawah Pusat Kajian Sumber Air (PKSA) bagi melihat secara dekat keupayaan infrastruktur pengujian makmal dan teknologi fizikal yang dibangunkan.

Secara keseluruhannya, lawatan akademik ini menjadi wadah strategik dalam memperkukuh jalinan hubungan antarabangsa dan perkongsian kepakaran teknikal antara industri air serta sisa air Korea Selatan dengan NAHRIM. Sinergi ini diharap dapat membuka ruang kolaborasi penyelidikan termaju dan pemindahan teknologi ke arah pengurusan kitaran air yang cekap, moden, serta mampan.

#NAHRIM

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera